Keterangan
Ujian Penerimaan Akhir (FAT) merupakan proses formal untuk mendapatkan persetujuan dari Agensi bagi membolehkan sistem yang diuji memasuki fasa produksi dan juga Tempoh Jaminan (Warranty Period).
Objektif
- Mengesahkan bahawa sistem yang telah dibangunkan memenuhi keperluan yang telah digariskan pengguna
- Mengesahkan bahawa sistem bebas daripada ralat (high severity bugs) yang boleh mengganggu operasi sistem
- Mendapatkan keyakinan pengguna terhadap keseluruhan sistem
Langkah-langkah
Langkah 1 : Tentukan Entry Criteria dan Exit Criteria Ujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test - FAT)
Entry Criteria dan Exit Criteria FAT ditetapkan dan dipersetujui terlebih dahulu di antara pembangun sistem, pasukan penguji, pemilik sistem dan pemegang taruh yang berkenaan.
Jadual 95 : Syarat Masuk dan Keluar Ujian Penerimaan akhir
Langkah 2 : Laksanakan FAT
FAT melibatkan aktor dan aktiviti-aktiviti berikut :
Jadual 96 : Aktor dan Aktiviti Ujian Penerimaan akhir
Langkah 3 : Sediakan Laporan Penamatan Ujian (Test Completion Report)
a) Laporan Penamatan Ujian mengandungi ringkasan hasil ujian yang dilaksanakan. Laporan Penamatan Ujian boleh disediakan bagi sesuatu peringkat ujian atau bagi keseluruhan projek.
b) Merujuk kepada ISO/IEC/IEEE 29119, Laporan Penamatan Ujian mempunyai elemen-elemen berikut:
Jadual 97 : Isi Kandungan Laporan Penamatan Ujian
Elemen |
Keterangan |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat spesifik dokumen |
Mengandungi maklumat asas seperti nombor ID, versi, tarikh dihasilkan dan tarikh dikemaskini, organisasi, pengesahan serta rekod pindaan dokumen |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Objektif Ujian |
Penerangan mengenai objektif ujian yang dijalankan |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skop Ujian |
Skop ujian bertujuan untuk menetapkan perimeter ujian termasuk ciri-ciri (fungsian dan kualiti/ bukan fungsian) yang akan diuji ke atas item ujian dan ciri-ciri yang tidak akan diuji ke atas item ujian |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Butiran Ujian |
Seksyen ini menerangkan butiran tempoh Ujian Penamatan akan dilaksanakan dan peserta yang akan terlibat. Contoh:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keperluan Persekitaran |
Keperluan persekitaran merujuk kepada keperluan perkakasan dan perisian yang digunakan semasa sesi Ujian Penamatan. Contoh:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hasil Ujian |
Seksyen ini menerangkan dapatan hasil ujian seperti berikut: i) Isu-isu FAT yang dilaporkan ii) Kategori Isu-isu FAT (Functionality, Usability or Operational) iii) Status Isu-isu FAT iv) Ulasan Keputusan Ujian Contoh
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rumusan |
Mengandungi penerangan rumusan hasil daripada ujian FAT.
Contoh: i. Tiada isu yang dibangkitkan dalam tempoh FAT. ii. Laporan FAT ini merangkumi semua skop seperti yang telah ditetapkan. iii. FAT ini telah diperaku dan diterima oleh Kerajaan. |
Templat Laporan Penamatan Ujian seperti dalam D16 Laporan Penamatan Ujian.
Langkah 4 : Sediakan Sijil Penerimaan Akhir
Sijil Penerimaan Akhir atau Final Acceptance Certificate (FAC) akan dikeluarkan oleh pemilik sistem kepada pembekal. Sijil ini menunjukkan bahawa pemilik telah bersetuju menerima sistem yang dibangunkan dan diinstalasi di persekitaran produksi. Tarikh sijil FAC ini menandakan tamatnya pembangunan dan pengujian sistem dan bermulanya tempoh jaminan. Rujuk kepada Apendiks 11 Contoh Sijil Penerimaan Akhir .
Rujukan
- ISO/IEC 29119-3:2013: Software And Systems Engineering - Software Testing - Part 3: Test Documentation.