Untuk memastikan aktiviti berjaya dilaksanakan, berikut adalah faktor kejayaan utama yang perlu dipertimbangkan sebelum dan semasa aktiviti dilaksanakan:
- Spesifikasi Reka bentuk Sistem (SDS) yang didokumenkan adalah lengkap dan memenuhi kehendak pengguna.
- Pasukan pengaturcara program berupaya menterjemahkan SDS kepada kod aturcara dan logik pemprograman, mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bahasa pengaturcaraan yang dipilih dan SQL (skill coding dan SQL query).
- Bilangan pengaturcara yang mencukupi dan bersesuaian dengan masa pembangunan.
- Kelengkapan tools dan persekitaran pembangunan yang sempurna.