3.9 Penentuan Keperluan Bukan Fungsian [F2.5]

Keterangan
Keperluan bukan fungsian, adalah keperluan yang tidak berkenaan secara langsung dengan servis atau fungsi yang tawarkan oleh sistem untuk penggunanya. Ianya mungkin berkaitan dengan ciri-ciri sistem seperti kebolehpercayaan, prestasi, keselamatan dan ketersediaan.
Kegagalan memenuhi keperluan bukan fungsian boleh membawa kepada sistem tidak boleh digunakan. Sebagai contoh, jika sistem kawalan tidak memenuhi keperluan kebolehpercayaan, ia tidak akan disahkan selamat untuk operasi.

Oleh itu cabaran yang paling penting yang dihadapi dalam kejuruteraan sistem aplikasi adalah keyakinan dan kepercayaan bahawa sistem aplikasi yang dibangunkan sentiasa tersedia apabila dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Ini bermakna, isu-isu kewibawaan sistem aplikasi dan keselamatan data sistem adalah sangat penting di samping fungsi sistem yang dibangunkan.

Objektif
o Memahami kepentingan keperluan bukan fungsian.
o Memahami bagaimana ciri-ciri keperluan bukan fungsian diperlukan untuk menyokong pelaksanaan keperluan fungsian


Langkah-langkah


Langkah 1 : Analisis Spesifikasi Keperluan Bisnes


a) Sumber maklumat keperluan bukan fungsian sistem adalah daripada dokumen Definisi Fungsi Bisnes yang telah didokumenkan dalan BRS semasa aktiviti Pemodelan Proses Bisnes. Butiran keperluan bukan bisnes selalunya dicatat dalam ruangan nota
b) Senaraikan keperluan bukan fungsian yang dikenalpasti. Contoh catatan keperluan bukan fungsian adalah seperti berikut:

i) Sistem perlulah mudah dan senang digunakan.
ii) Sistem boleh berfungsi pada mana-mana perkakasan dan perisian.
iii) Masa tindak balas sistem adalah 2 saat bagi setiap transaksi.
iv) Mudah dipindah dan diselenggara.
v) Sistem perlu mempunyai tahap ketersediaan yang tinggi bagi menyokong operasi harian.

 

Langkah 2 : Terjemahkan Keperluan Bukan Fungsian Kepada Ciri-ciri Kualiti


a) Keperluan bukan fungsian seringkali ditimbulkan kerana kekangan peruntukan, polisi organisasi, keperluan untuk beroperasi dengan lain-lain perisian atau perkakasan, atau faktor luaran seperti peraturan keselamatan atau perundangan privasi. Merujuk kepada buku Software Engineering 9th edition, penulis Ian Sommerville telah mengklasifikasikan keperluan bukan fungsian kemungkinan diperolehi dari ciri-ciri sistem yang diperlukan, organisasi yang membangun sistem berkenaan ataupun dari sumber luaran. Klasifikasi keperluan bukan fungsian yang dimaksudkan adalah terbahagi kepada tiga (3) aspek seperti rajah di bawah.

Rajah 55 : Klasifikasi Keperluan Bukan Fungsian

b) Penerangan lanjut bagi aspek-aspek klasifikasi keperluan fungsian adalah seperti berikut:

Langkah 3 : Lengkapkan Ciri-ciri Kualiti Sistem Aplikasi


a) Lengkapkan templat Ciri-ciri Sistem Aplikasi mengikut kategori bukan fungsian seperti jadual berikut:

b) Penerangan berkenaan medan-medan di dalam Templat Ciri-ciri Sistem Aplikasi adalah seperti berikut:


c) ISO/IEC 25010:2011 System And Software Quality Models menyenaraikan definisi ciri-ciri kualiti sistem aplikasi seperti berikut:

 

Langkah 4 : Dokumenkan Keperluan Bukan Fungsian


Dokumenkan hasil analisis bukan fungsian ke dalam D03 Spesifikasi Keperluan Sistem di bawah seksyen keperluan bukan fungsian

 

Rujukan


1. Ian Sommerville, Software Engineering 9th edition
2. ISO/IEC 25010:2011 System And Software Quality Models