5.3 Penglibatan Pemegang taruh

Pemegang taruh utama yang patut terlibat dalam fasa pembangunan adalah Pengaturcara Program, Penguji Perisian, Pemilik prosidur/proses semasa dan Pengguna. Pengaturcara program perlulah berkeupayaan untuk menterjemahkan keperluan reka bentuk sistem kepada kod program dan logik pembangunan untuk menghasilkan sistem yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan bagi memastikan sistem yang dibangunkan bertepatan dengan keperluan. Manakala Penguji Sistem pula perlulah berkeupayaan membangunkan pelan pengujian dan skrip ujian berdasarkan SRS dan SDS yang diberikan.

Cadangan penglibatan kategori pemegang taruh adalah seperti berikut:

 

       a) Pengurus Projek

          Memantau kemajuan pembangunan supaya mengikut perancangan, mengenalpasti risiko semasa pembangunan, berkomunikasi antara pembangunan dengan SME.

       b) Pengaturcara Program

          Menulis kod aturcara untuk menghasilkan sistem aplikasi

       c) Penguji Sistem

          Menguji sistem bagi memastikan sistem aplikasi yang dibangunkan berkualiti dan sedia untuk dilancarkan.

      d) Pemilik Prosidur/Proses Semasa dan Pengguna

          Melaksanakan ujian penerimaan pengguna.