Pemegang taruh utama yang patut terlibat dalam fasa pengujian adalah Pengurus / Ketua Ujian, Penguji Sistem Aplikasi (termasuk Penguji Integrasi, Penguji Migrasi sekiranya berkaitan), Pasukan Pembangun Sistem Aplikasi, SME, Pemilik Proses dan Pengguna Akhir.
Cadangan penglibatan kategori pemegang taruh adalah seperti berikut:
- Pengurus Ujian – bertanggungjawab sepenuhnya mengurus dan menyediakan laporan bagi aktiviti pengujian penerimaan.
- Ketua Ujian – bertanggungjawab mengendalikan pasukan pengujian.
- Pasukan Penguji – menyediakan dokumentasi berkaitan pengujian serta mengendali atau melaksanakan aktiviti pengujian.
- Pasukan Pembangun Sistem Aplikasi – menjalankan tindakan pembetulan ke atas sistem aplikasi berdasarkan laporan ujian yang dikeluarkan oleh Penguji Sistem Aplikasi.
- SME dan Pemilik Proses – membantu pelaksanaan aktiviti pengujian penerimaan. Pemilik proses juga boleh terlibat di dalam aktiviti pengujian penerimaan.
- Pengguna Akhir – terlibat dalam pengujian dan memberi maklum balas terhadap ujian penerimaan yang dilaksanakan.