4.6 Penentuan Teknologi [F3.2]

Pengenalan

Penentuan teknologi dan tool yang sesuai bagi pembangunan sistem aplikasi merupakan salah satu aspek yang penting untuk dipertimbangkan. Teknologi dan tool yang dipilih akan digunakan bagi memandu dalam reka bentuk antaramuka, reka bentuk proses dan reka bentuk logikal pangkalan data. Teknologi yang dipilih juga akan digunakan semasa pelaksanaan fasa pembangunan, pengujian, pengoperasian dan penyelenggaraan sistem aplikasi. Bagi menentukan teknologi yang akan digunakan, beberapa aspek perlu diambil kira:

  1. Memenuhi dan mematuhi reka bentuk arkitektur sistem aplikasi
  2. Keserasian dengan keperluan fungsian dan bukan fungsian
  3. Selaras dengan visi dan misi organisasi
  4. Teknologi-teknologi yang mudah diperolehi dan diselenggara

Matriks Alternatif

Matriks alternatif ialah salah satu kaedah yang digunakan untuk memilih teknologi yang memenuhi keperluan. Matriks alternatif digunakan sebagai kaedah untuk menentukan reka bentuk yang akan dibangunkan. Matriks alternatif juga digunakan untuk mengurus dan menyusun reka bentuk alternatif supaya penyelesaian yang terbaik dapat diperolehi. Matriks alternatif menggabungkan beberapa analisa kebolehlaksanaan seperti berikut:

  1. Kebolehlaksanaan Teknikal - penilaian kematangan atau keupayaan teknologi untuk berfungsi dengan teknologi yang lain.
  2. Kebolehlaksanaan Operasi - keselesaan dan kesesuaian pihak pengurusan, pegawai dan pengguna dengan teknologi yang dicadangkan.
  3. Kebolehlaksanaan Ekonomi - penilaian sama ada teknologi yang digunakan berpatutan dan kos efektif.

Bagi setiap kategori tools yang diperlukan, analisis matriks alternatif perlu dijalankan. Ini kerana setiap kategori tool mempunyai kriteria-kriteria yang berebeza. Matriks alternatif boleh disediakan seperti dalam contoh di bawah. Tahap/Pemberat dan skor-skor dirangkumi bersekali bagi mewujudkan kad skor yang mengenalpasti kriteria-kriteria utama projek dan pilihan alternatif yang terbaik.

Contoh analisis matriks alternatif adalah seperti berikut:

Sebuah organisasi ingin membuat pilihan yang terbaik di antara bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan dalam sistem aplikasi yang ingin dibangunkan. Sebanyak 10 kriteria telah ditentukan bagi membantu organisasi dalam membuat pemilihan tersebut. Terdapat tiga jenis skema penilaian yang merangkumi nilai skor dari 1 sehingga 10 bertujuan untuk menyediakan kad skor dalam menentukan alternatif yang terbaik. Jadual matriks alternatif seperti di bawah digunakan untuk membantu organisasi berkenaan melakukan penilian kepada bahasa pengaturcaraan yang sesuai. Bahasa pengaturcaraan Java telah dikenalpasti sebagai pilihan yang terbaik bagi sistem aplikasi yang ingin dibangunkan.

Jadual 34 : Nilai Skor Skema Penilaian Teknikal

Jadual 35 : Matriks Alternatif Bagi Penentuan Bahasa Pengaturcaraan