Panduan Spesifikasi Teknikal Projek Pembangunan Sistem disediakan sebagai rujukan agensi dalam perolehan perkhidmatan pembangunan sistem aplikasi yang mengambil kira kepentingan kerajaan. Panduan ini dibangunkan berdasarkan pengalaman dan amalan terbaik semasa. Panduan ini hendaklah dirujuk bersama dengan Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan mengenai peraturan perolehan Kerajaan berkuatkuasa serta apa-apa peraturan atau garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan berkaitan pembangunan sistem aplikasi sektor awam.
Spesifikasi Teknikal merupakan aspek penting dalam melaksanakan perolehan sebagai panduan kepada pembida untuk menawarkan bekalan dan perkhidmatan yang tepat mengikut kehendak agensi. Penyediaan spesifikasi teknikal yang mudah difahami dan lengkap adalah penting bagi memastikan pelaksanaan perolehan dapat dilaksanakan dengan betul, teratur dan berkesan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan panduan ini, boleh dikemukakan kepada:
Pengarah
Bahagian Perundingan Digital
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
E-mel: