Khidmat Nasihat Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara ada menawarkan khidmat nasihat prestasi sistem aplikasi kepada agensi sektor awam. Permohonan khidmat nasihat prestasi bagi tahun 2024 dibuka kepada agensi yang memerlukan.

Objektif khidmat nasihat prestasi sistem aplikasi adalah melakukan pemantauan dan melaksanakan analisa kepada prestasi sistem aplikasi dengan menggunakan tools Dynatrace. Tujuan khidmat nasihat adalah untuk memastikan tiada gangguaan prestasi kepada sistem aplikasi apabila digunakan oleh pengguna dan memberi keyakinan kepada pihak pengurusan (stakeholders) mengenai prestasi sistem yang telah dibangunkan. 

Semasa khidmat nasihat prestasi dilaksanakan, sebarang isu yang dikenalpasti sama ada melibatkan kekurangan keupayaan infrastruktur (resources), ralat pengaturcaraan (programming error) sistem aplikasi, penalaan (tuning) kepada konfigurasi server, ralat (error) yang lain akan dianalisis dan cadangan penambahbaikan akan diberikan kepada pemilik projek.   

Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-

1. Melengkapkan borang permohonan khidmat nasihat prestasi sistem aplikasi seperti di Lampiran A.

2. Menghantar surat permohonan khidmat nasihat prestasi beserta Lampiran A kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara di alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Digital Negara
Aras 6, Blok B
Bangunan MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Selangor

Dilampirkan contoh surat permohonan untuk rujukan agensi.

Permohonan yang lengkap diterima akan diteliti dan satu sesi perbincangan awal akan diadakan bersama pihak agensi bagi mendapat pemahaman mengenai sistem aplikasi yang dibangunkan dan mengenalpasti keperluan bagi melaksanakan khidmat nasihat prestasi.