Khidmat Nasihat Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2024

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah melaksanakan Khidmat Nasihat Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2024

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

Sistem ePlacement

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop pemantauan sistem aplikasi semasa pelaksanaan pengujian prestasi 

Pasukan DevOps Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan pembangunan semula sistem Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan (UD), Pegawai Pergigian (UG) dan Pegawai Farmasi (UF) iaitu ePlacement. Pembangunan semula sistem ePlacement ini dilaksanakan adalah berdasarkan syor di dalam Laporan Ujian Prestasi Sistem eHousemen pada 12 hingga 20 September 2022 oleh pasukan Pusat Kecemerlangan Pengujian Sektor Awam (MyTCOE), Jabatan Digital Negara (JDN). Sistem ini dijangka akan digunakan bagi permohonan penempatan Pegawai Pergigian pada awal September 2024.

Pemantauan prestasi telah dilaksanakan mulai 11 hingga 30 September 2024.

2.

SuperApps

Jabatan Digital Negara

Skop pemantauan sistem aplikasi semasa pelaksanaan pengujian prestasi 

Jabatan Digital Negara (JDN) sedang membangunkan Gerbang Perkhidmatan Digital Bersepadu Kerajaan (Aplikasi Mudah Alih) yang merupakan salah satu inisiatif peralihan ke arah GovTech. Aplikasi mudah alih tersebut adalah saluran perkhidmatan alternatif yang lebih ringan dan akan kerap digunakan oleh rakyat serta sebagai pelengkap kepada perkhidmatan yang disediakan melalui Portal MyGovernment (malaysia.gov.my). Pembangunan dilaksanakan secara dalaman menggunakan kepakaran Pegawai Teknologi Maklumat yang terpilih berdasarkan kaedah agile melalui pendekatan DevOps bermula awal tahun 2024 sehingga tahun 2025. Perkhidmatan melibatkan 10 komponen utama seperti semakan, permohonan, pengenalan diri digital, notifikasi, carian, direktori agensi Kerajaan, informasi/berita, temujanji, aduan dan bayaran.

Pemantauan telah dilaksanakan mulai 30 September hingga 10 Oktober 2024.

3.

MyGovEvent

Jabatan Digital Negara

Skop pemantauan sistem aplikasi semasa pelaksanaan pengujian prestasi 

 MyGovEvent merupakan satu platform pengurusan acara yang dibangunkan untuk kegunaan semua Agensi Kerajaan. Ianya mempunyai pelbagai ciri yang bertujuan memudahkan penganjuran acara di agensi. Ciri-ciri itu termasuklah pendaftaran acara, pendaftaran peserta, slip kehadiran dan muat turun bahan pembentangan.

Pemantauan telah dilaksanakan mulai 30 September hingga 10 Oktober 2024.

4.

MyGovCard

Jabatan Digital Negara

Skop pemantauan sistem aplikasi semasa pelaksanaan pengujian prestasi 

MyGovCARD adalah maklumat perhubungan pegawai dalam format digital. Maklumat perhubungan terdiri daripada nombor telefon pejabat, alamat e-mel dan alamat pejabat. Maklumat ini dapat dikongsikan melalui kod QR dan boleh disimpan di dalam peranti mudah alih. 

Pemantauan telah dilaksanakan mulai 30 September hingga 10 Oktober 2024.

5.

SPOT-Me

Jabatan Digital Negara

Skop forensik dan pemantauan sistem aplikasi

Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me) merupakan sistem pemantauan kehadiran dan tugasan secara elektronik dan telah digunapakai di 128 agensi kerajaan termasuk di Jabatan Digital Negara (JDN) dan Kementerian Digital (KD). Sistem SPOT-Me telah menghadapi gangguan capaian luar jangka dan prestasi sejak hari Selasa, 8hb Oktober 2024 lepas. Pihak pasukan teknikal SPOT-Me di BPA telah pun mengambil tindakan termasuk memohon kepada BPG untuk menaiktaraf spesifikasi server (CPU dan memory) sedia ada namun masih berlaku gangguan capaian Sistem SPOT-Me pada pagi ini (10/10/2024).

Pemantauan dan forensik mulai 10 Oktober sehingga 17 Oktober 2024.