Fasa Pelaksanaan dan Kawalan Projek ialah fasa ketiga dalam PPrISA seperti yang digambarkan dalam Rajah 5.1. Input kepada fasa ini adalah dokumen Pelan Pengurusan Projek (PPP) yang telah disediakan semasa Fasa Perancangan Projek. Manakala output adalah serahan-serahan projek yang telah disahkan dan diterima oleh pemilik projek.
Rajah 5.1: Fasa Pelaksanaan dan Kawalan Projek
Tujuan Fasa Pelaksanaan dan Kawalan ini adalah seperti yang berikut:
- Melaksana semua kerja dan aktiviti yang telah dirancang seperti pelan-pelan yang terangkum dalam dokumen PPP.
- Mengurus semua sumber projek dengan baik.
- Memantau dan mengawal pelaksanaan projek supaya semua pelan dapat disiapkan mengikut perancangan.
Fasa ini memerlukan sumber tenaga manusia yang ramai dan mengambil tempoh masa yang panjang berbanding dengan Fasa Permulaan dan Fasa Perancangan.