Bengkel Pengujian Prestasi Sistem eGUMIS Anjuran Jabatan Akauntan Negara

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan mengadakan Bengkel Pengujian Prestasi Sistem eGUMIS pada 28 hingga 30 Ogos 2023, bertempat di Lab ICT, Aras 5, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Objektif bootcamp adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Akauntan Negara Malaysia secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. 

Sila klik di sini untuk melihat senarai peserta.

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Tentatif Bootcamp
2. Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi
3. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
4.  Pengenalan Kepada Tools Pengujian Prestasi (JMeter 5.5)
5.  Installasi dan Konfigurasi
- Java Development Kit 8
- JMeter 5.5
- XAMP 7.4.3 (Apache, MySQL dan PhP)
- Sistem HESK
6. Skrip Pengujian Prestasi
- Pembangunan Skrip
- Semakan Skrip
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Ujian Prestasi
- Jana Laporan
7. Tugasan Individu
8. Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK
- Pembangunan Pelan Ujian Prestasi
- Pembangunan Skrip Pengujian
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Pengujian Prestasi
- Jana Laporan
9. Contoh Penyelesaian Projek Pengujian Prestasi
10. Templat Laporan Pengujian Prestasi Pusingan 1
11. Templat Laporan Pengujian Prestasi Pusingan 2

 

Sila log masuk LMS MyTCoE untuk muat turun slaid pembentangan dan perisian berkaitan.