Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah melaksanakan Khidmat Nasihat Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:
Tahun 2022
Bil. | Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian | Penerangan Ringkas Sistem | Status Pelaksanaan |
1. |
Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Skop forensik sistem aplikasi |
Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM) merupakan salah satu sistem yang menjalankan operasi bagi perkhidmatan utama di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Malaysia. Sistem ini merangkumi proses permohonan bantuan, kelulusan serta bayaran kepada klien Jabatan dan memastikan bantuan akan diterima oleh klien dalam waktu yang telah ditetapkan oleh Jabatan, iaitu pada 1-10hb setiap bulan. Sistem ini sering menghadapi masalah teknikal terutamanya isu ‘page loading’ yang kerap berlaku pada waktu puncak (setiap awal bulan). |
Pemantauan forensik telah dilaksanakan mulai 30 Mac hingga 13 Mei 2022. |
2. |
Jabatan Pengangkutan Jalan Skop forensik sistem aplikasi |
Aplikasi JPJ eQ ini merupakan aplikasi secara mobile yang membenarkan pelanggan menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran. Kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu. Lepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat. Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba. |
Pemantauan forensik telah dilaksanakan mulai 20 hingga 27 April 2022. |
3. |
Pharmacy Information System (PhIS & CPS) Kementerian Kesihatan Malaysia Skop forensik sistem aplikasi |
Pharmacy Information System (PhIS & CPS) is a comprehensive system that integrates end to end pharmacy related services to gearing towards pharmacy excellence. Twelve modules were developed with the objective to strengthen the monitoring of procurement, supply and utilization of medicine in MOH facilities. It enables sharing of patient medication profiles in order to provide seamless patient care. The system also serves as a tool in decision making to ensure accessibility of medicines by the consumer in the country. |
Pemantauan forensik telah dilaksanakan mulai 12 Mei hingga 13 Jun 2022. |
4. |
Kementerian Pengajian Tinggi Skop forensik dan pemantauan sistem aplikasi |
Aplikasi web yang dinamakan UPUOnline bagi tujuan permohonan kemasukan calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi (KM), Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) |
Pemantauan dan forensik mulai 20 Jun 2022. |
5. |
Sistem Permohonan Perantisiswa Fasa 2 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Skop forensik dan pemantauan sistem aplikasi |
Sistem Permohonan Perantisiswa merupakan sistem permohonan atas talian bagi mendapatkan peranti (laptop/ tablet) kepada pelajar B40 di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia. |
Pemantauan dan forensik mulai 1 Ogos 2022. |
6. |
Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) MAMPU Skop forensik dan pemantauan sistem aplikasi |
GAMMA adalah platform digital tunggal yang melibatkan koleksi applikasi urusan rasmi agensi Kerajaan melalui mobile. Ringkasnya, ia merupakan pusat bagi platform M-Goverment untuk semua perkhidmatan aplikasi mobile. Perkhidmatan ini memberi peluang orang awam melihat dan memuat turun aplikasi kerajaan terus melalui peranti mobile. Objektifnya juga merangkumi keperluan untuk mengguna, satu sentuhan untuk akses, informasi yang tepat dan notifikasi yang mudah. |
Pemantauan dan forensik mulai 1 Ogos 2022. |
7. |
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Skop forensik dan pemantauan pengujian prestasi sistem aplikasi |
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam fasa pelaksanaan Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 yang kini berada di Fasa 4 (konfigurasi, latihan pengguna dan pelancaran sistem (soft launch)). Projek ini dilaksanakan dengan matlamat menambahbaik platform semasa E-Syariah di samping memenuhi keperluan baharu pengguna Negeri. Secara umum terdapat 16 komponen utama dalam pelaksanaan projek tersebut. Sistem ini dijangka Go-Live pada 30 September 2022. |
Pemantauan pengujian prestasi dan forensik bermula mulai 22 hingga 29 September 2022. |