Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2024

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2024

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

 

Aplikasi Mudah Alih MYJPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan

Skop ujian prestasi 20,000 pengguna serentak

Aplikasi MYJPJ dibangunkan untuk menyediakan kemudahan kepada orang awam membuat semakan, melaksanakan transaksi, membuat aduan kesalahan jalanraya serta melihat paparan lesen memandu dan LKM secara digital. Aplikasi ini telah ditambahbaik dengan modul pembaharuan LKM dan LLM secara dalam talian dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2024.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 17 hingga 26 Januari 2024.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 17 Januari 2024
b. 26 Januari 2024

 

2.

 

Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid)

Jabatan Pengangkutan Jalan

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Sistem ini menguruskan proses pembidaan Nombor Pendaftaran melibatkan proses bidaan dan juga proses bayaran bagi caj perkhidmatan dan bayaran bidaan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 19 Jun hingga 30 Julai 2024.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 19 Jun 2024
b. 30 Julai 2024

 

3.

 

Gerbang Perkhidmatan Digital Bersepadu Kerajaan (Aplikasi Mudah Alih)

Jabatan Digital Negara

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Gerbang Perkhidmatan Digital Bersepadu Kerajaan (Aplikasi Mudah Alih) merupakan salah satu inisiatif peralihan ke arah GovTech. Aplikasi mudah alih ini adalah saluran perkhidmatan alternatif yang lebih ringan dan akan kerap digunakan oleh rakyat serta sebagai pelengkap kepada perkhidmatan yang disediakan melalui Portal MyGovernment (malaysia.gov.my). Perkhidmatan melibatkan 10 komponen utama seperti semakan, permohonan, pengenalan diri digital, notifikasi, carian, direktori agensi Kerajaan, informasi/berita, temujanji, aduan dan bayaran.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 19 Jun hingga 30 Julai 2024.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 19 Jun 2024
b. 30 Julai 2024

 

4.

Sistem MyFormulary, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak

MyFormulary adalah aplikasi mudah alih yang telah mendapat kelulusan untuk pembangunan semula oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aplikasi ini menyediakan akses kepada maklumat ubat dalam Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) menggunakan teknologi terkini, dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan mempercepatkan pencarian maklumat berkaitan ubat. MyFormulary akan sentiasa dikemas kini untuk memudahkan dan menjadi sumber rujukan berguna bagi ahli professional kesihatan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 6 November 2024.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 6 November 2024 (Lulus 100 pengguna serentak)

 

5.

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) 2.0

Kementerian Ekonomi

Skop ujian prestasi 600,000 pengguna serentak

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bertujuan untuk melaksanakan perkongsian data peringkat individu oleh semua agensi Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan Kerajaan dan memastikan pembuatan keputusan dasar adalah berpacukan data. Skop pengujian PADU 2.0 adalah bagi modul semakan kelayakan dan pengemaskinian maklumat.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 17 hingga 31 Disember 2023.


 

6.

 

Aplikasi Mudah Alih Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid)

Jabatan Pengangkutan Jalan

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Aplikasi ini menguruskan proses pembidaan Nombor Pendaftaran melibatkan proses bidaan dan juga proses bayaran bagi caj perkhidmatan dan bayaran bidaan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 19 Jun hingga 30 Julai 2024.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 19 Jun 2024
b. 30 Julai 2024