Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2023

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2023

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

Sistem ePharmasist

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 1000 pengguna serentak

Sistem ePharmasist merupakan sebuah sistem di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu melaksanakan proses penempatan dan penyeliaan Pegawai Farmasi Siswazah LANTIKAN KONTRAK. Sistem ini merupakan sistem atas talian yang dibangunkan secara in house oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KKM dengan kerjasama Unit HRMIS Bahagian Sumber Manusia(BSM) KKM. Bermula dari proses permohonan penempatan, Program Transformasi Minda(PTM) sehinggalah urusan lapor diri ke tempat bertugas.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 27 hingga 28 Januari 2023.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 27 Januari 2023
b. 28 Januari 2023

 

2.

Aplikasi Mudah Alih MYJPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan

Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak

Aplikasi MYJPJ dibangunkan untuk menyediakan kemudahan kepada orang awam membuat semakan, melaksanakan transaksi, membuat aduan kesalahan jalanraya serta melihat paparan lesen memandu dan LKM secara digital.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 10 Februari 2023.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 10 Februari 2023

 

3.

Sistem eHousemen

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 700 pengguna serentak

Sistem eHousemen merupakan sebuah sistem di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu melaksanakan proses penempatan dan penyeliaan Pegawai Perubatan (eHousemen) lantikan tetap dan kontrak.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 13 Februari 2023.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 13 Februari 2023

 

4.

Sistem HRMIS 2.0

Jabatan Perkhidmatan Awam

Skop ujian prestasi 6,000 pengguna serentak

Sistem HRMIS 2.0 telah dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mula digunakan oleh semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi bermula tahun 2015. Sistem HRMIS 2.0 ini merupakan versi multi-browser bagi HRMIS yang mana sebelum ini sistem HRMIS hanya boleh diakses menggunakan Internet Explorer sahaja.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 22 Mei 2023.

5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 22 Mei 2023
b. 12 Jun 2023
c. 11 September 2023
d. 18 September 2023
e. 20 September 2023

 

5.

Sistem Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR)

Kementerian Ekonomi

Skop ujian prestasi 3,000 pengguna serentak

Sistem Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang diperkenalkan akan membolehkan rakyat memohon secara terus kepada Kementerian Ekonomi bagi pelaksanaan projek kecil di kawasan masing-masing. Projek kecil di bawah IKR adalah projek infrastruktur kecil awam yang memberikan kesan secara langsung/terus kepada rakyat (mesra rakyat) dalam aspek penggunaan dan manfaat segera.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 18 Jun 2023.

4 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 18 Jun 2023
b. 19 Jun 2023
c. 20 Jun 2023
d. 15 Julai 2023

 

6.

Sistem FlySISWA

Kementerian Pengangkutan

Skop ujian prestasi 6,000 pengguna serentak

Sistem FlySISWA merupakan satu sistem untuk pelajar warganegara Malaysia membuat permohonan bantuan subsidi berjumlah RM300.00 bagi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam pada tahun 2023 untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / Labuan).

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 12 Ogos 2023.

3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 12 Ogos 2023
b. 13 Ogos 2023
c. 14 Ogos 2023

 

7.

Sistem eGUMIS

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Skop ujian prestasi 20,000 pengguna serentak

Sistem eGUMIS telah mula digunakan bermula 5 Januari 2020. Sistem eGUMIS membolehkan rakyat membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) dan seterusnya membuat Permohonan Tuntutan WTD secara atas talian. Versi eGUMIS terkini adalah 1.1.7 dengan beberapa penambahbaikan fungsi baharu dan kemas kini modul sedia ada telah dilaksanakan. Tujuan sistem ini adalah untuk memudahkan rakyat membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) dan seterusnya membuat Permohonan Tuntutan WTD secara atas talian.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 22 Oktober 2023.

4 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 22 Oktober 2023
b. 22 November 2023
c. 7 Disember 2023
d. 19 Disember 2023

 

8.

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Kementerian Ekonomi

Skop ujian prestasi 25,000 pengguna serentak

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bertujuan untuk melaksanakan perkongsian data peringkat individu oleh semua agensi Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan Kerajaan dan memastikan pembuatan keputusan dasar adalah berpacukan data. PADU akan mengandungi semua profil maklumat individu dan isirumah yang terdiri daripada maklumat biografi, demografi, pekerjaan, pendapatan, maklumat isi rumah, status OKU, penerima bantuan serta rekod-rekod lain yang berupaya menjadi penyelesaian bersepadu untuk membantu Kerajaan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 17 hingga 31 Disember 2023.