Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:
Tahun 2021
Bil. | Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian | Penerangan Ringkas Sistem | Status Pelaksanaan |
1. |
Kementerian Pengajian Tinggi Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak |
Aplikasi web yang dinamakan UPUOnline bagi tujuan permohonan kemasukan calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi (KM), Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). |
Ujian prestasi dilaksanakan pada 11 Februari hingga 16 Mac 2021. 5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
2. |
Pemesejan Segera Kerajaan Malaysia (GovChat) MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak |
GovChat adalah aplikasi pemesejan segera kerajaan dan merupakan medium komunikasi kerajaan yang eksklusif dan selamat. Pembangunan aplikasi GovChat telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 16 Julai 2020. Pembangunan aplikasi GovChat juga dilaksanakan secara dalaman dan pendekatan ini telah dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) pada 9 Nov 2020. Pelaksanaan aplikasi GovChat secara rintis telah bermula mulai Mac 2021. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 20 Januari 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 19 hingga 24 Februari 2021. 2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
3. |
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak |
MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan mesyuarat dan pemantauan keputusan mesyuarat secara dalam talian. Sehingga kini lebih kurang 700 agensi Sektor Awam telah menggunakan sistem ini. Antara fungsi kritikal yang diperlu diuji ialah paparan minit mesyuarat, capaian jawatankuasa/ mesyuarat dan jana laporan sistem. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 26 Februari 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 26 Mac hingga 14 Jun 2021. 4 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
4. |
Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me) MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Sistem Pemantauan Operasi Tugas atau SPOT-Me merupakan sistem pemantauan kehadiran dan tugasan secara elektronik yang membenarkan waktu masuk dan keluar didaftarkan dari mana-mana lokasi sama ada ketika bertugas di pejabat atau di luar pejabat berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih. Ianya telah dilaksanakan di 14 agensi Sektor Awam dan akan diperluaskan lagi penggunaanya pada masa akan datang. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 25 Mei 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 26 Mei hingga 4 Jun 2021. 3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
5. |
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Portal MAMPU merupakan sistem aplikasi yang bertujuan: - Menyimpan Maklumat Korporat MAMPU - Menyimpan Maklumat Pekeliling, Penerbitan Dan Arahan - Menyimpan Maklumat Direktori MAMPU |
Perbincangan awal telah diadakan pada 27 April 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 8 Jun hingga 29 Julai 2021. 5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
6. |
Sistem Temujanji Online JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak |
Sistem Temujanji Online ialah sistem yang dibangunkan untuk kegunaan pejabat cawangan/ negeri/ UTC dan orang awam bagi pengurusan temujanji perkhidmatan kaunter JPJ. Sistem ini digunakan oleh lebih 100 cawangan JPJ dan konfigurasi setiap cawangan adalah berbeza mengikut kapasiti masing-masing. Orang awam boleh menempah tarikh dan masa mengikut pilihan pejabat cawangan. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 13 Ogos 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakanpada 15 Ogos 2021. 1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
7. |
Sistem Peperiksaan Perjawatan LPPKN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Skop ujian prestasi 300 pengguna serentak |
Sistem Peperiksaan Perjawatan LPPKN adalah sistem yang dibangunkan sebagai platform yang memberikan kemudahan kepada calon untuk menduduki peperiksaan secara online bagi pengisian jawatan di LPPKN. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 30 Ogos 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 1 hingga 3 September 2021. 3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
8. |
Sistem Pengurusan Acara (MyGovEvent) MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Sistem Pengurusan Acara (MyGovEvent) ialah sistem yang dibangunkan untuk menguruskan pendaftaran peserta bagi sesuatu program yang dianjurkan. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 24 September 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan pada 28 September 2021. 1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
9. |
Sistem IPTPelajar (FlyToCampus) Kementerian Pengajian Tinggi Skop ujian prestasi 5,000 pengguna serentak |
Aplikasi ini adalah bertujuan bagi pengumpulan maklumat perancangan pergerakan pulang ke kampus oleh pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 30 September 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan pada 30 September 2021. 1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
10. |
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 5,000 pengguna serentak |
Sistem Tinjauan Soal Selidik Terhadap YB Menteri Dan Kementerian Dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri Tahun 2021 dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU. Tinjauan ini bertujuan mendapat pandangan orang awam terhadap YB Menteri dan Kementerian dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri |
Perbincangan awal telah diadakan pada 25 Oktober 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 28 hingga 29 Oktober 2021. 2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
11. |
Sistem Penilaian dan Pengauditan Kewangan MinDef (AIMS) Kementerian Pertahanan Malaysia Skop ujian prestasi 200 pengguna serentak |
Pembangunan Sistem Pengauditan Kewangaan PTJ adalah menggantikan Sistem Sistem Pengauditan Kewangaan PTJ yang sedang dilaksanakan sejak 2016 dalam menyokong bisness proses Bahagian Audit Dalaman dan Siasatan (BADSA). Sistem tersebut terdapat kekurangan dari segi fungsi dan kemudahan yang dibangunkan dalam menyokong cara kerja baharu. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 14 Oktober 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 8 dan 9 November 2021. 2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
12. |
Kementerian Kesihatan Malaysia Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak |
Sistem eCOVID19 ialah sistem yang dibangunkan secara Corporate Social Responsibility (CSR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk memantau penularan wabak Covid19. Tujuan sistem ini dibangunkan bagi memastikan pengumpulan data berkaitan COVID-19 di lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat. |
Perbincangan awal telah diadakan pada 8 Oktober 2021. Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 16 November hingga 15 Disember 2021. 5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |