Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2025

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2025

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

Aplikasi MyGov Malaysia

Jabatan Digital Negara

Skop ujian prestasi 200,000 pengguna serentak

Aplikasi MyGOV Malaysia adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan yang menawarkan kemudahan capaian perkhidmatan secara mobile bagi memenuhi keperluan rakyat, penjawat awam dan perniagaan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 6 hingga 9 Januari 2025.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 6 Januari 2025
b. 7 hingga 9 Januari 2025 (Lulus 200,000 pengguna serentak)

 

2.

Sistem MyFormulary, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak

MyFormulary adalah aplikasi mudah alih yang telah mendapat kelulusan untuk pembangunan semula oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aplikasi ini menyediakan akses kepada maklumat ubat dalam Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) menggunakan teknologi terkini, dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan mempercepatkan pencarian maklumat berkaitan ubat. MyFormulary akan sentiasa dikemas kini untuk memudahkan dan menjadi sumber rujukan berguna bagi ahli professional kesihatan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 14 Februari 2025.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 14 Februari 2025 (Lulus 500 pengguna serentak)

 

3.

Aplikasi eGUMIS JANM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Skop ujian prestasi 5,000 pengguna serentak

eGUMIS JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eGUMIS. Sistem ini disediakan untuk kegunaan orang awam.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 11 Jun hingga 13 Mac 2025.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 11 Mac 2025
b. 13 Mac 2025 (Lulus 5,000 pengguna serentak)

 

4.

Sistem e-Rakyat Negeri Pahang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 13 Jun hingga 14 Julai 2025.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 13 Jun 2025
b. 14 Julai 2025 (Lulus 10,000 pengguna serentak)

 

5.

Aplikasi MyGov Malaysia

Kementerian Digital Negara

Skop ujian prestasi 500,000 pengguna serentak

Aplikasi MyGOV Malaysia adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan yang menawarkan kemudahan capaian perkhidmatan secara mobile bagi memenuhi keperluan rakyat, penjawat awam dan perniagaan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 29 Julai hingga 8 Ogos 2025.

3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 29 Julai 2025
b. 31 Julai 2025
c. 8 Ogos 2025 (Lulus 540,000 pengguna serentak)