Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:
Tahun 2020
Bil. | Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian | Penerangan Ringkas Sistem | Status Pelaksanaan |
1. |
Sistem Rakan Alam Sekitar (MyRAS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Sistem Rakan Alam Sekitar merupakan pusat setempat bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan keberkesanan program alam sekitar yang dianjurkan oleh JAS Ibu Pejabat dan JAS negeri. Ia juga berfungsi untuk pendaftaran baru sebagai rakan alam sekitar dan merekod maklumat ahli dan penyertaan ke program-program yang dianjurkan oleh JAS. |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 15 hingga 25 September 2020. 4 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
2. |
Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak |
SPA9 merupakan borang pendaftaran atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. SPA9 adalah penambahbaikan terhadap sistem sedia ada (SPA8i) dan dilengkapi dengan beberapa fungsi baru serta pelaksanaan integrasi tambahan. |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 11 hingga 24 September 2020. 3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
3. |
Bahagian Hal Ehwal Udang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak |
Sistem PMC-19 ini merangkumi modul berikut: |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 27 Oktober 2020 hingga 8 November 2020. 6 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |
4. |
Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Portal utama jabatan yang merupakan platform penyampaian maklumat jabatan kepada pengguna dan stakeholder. Antara maklumat penting kepada pengguna adalah paparan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BPH seperti Pengurusan Kuarters, Pengurusan Rumah Peranginan Persekutuan, Pengurusan Dewan & Gelanggang dan sebagainya. |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 11 hingga 12 November 2020. 2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan |