Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Webinar IV&V Siri 1/2022: Jaminan Kualiti Sistem Aplikasi Sektor Awam Melalui Pelaksanaan IV&V. Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai sektor awam mengenai kepentingan pelaksanaan Independent Verification and Validation (IV&V) semasa membangunkan sistem aplikasi sektor awam. Ini adalah untuk memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.
Webinar ini telah diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 8 Disember 2022 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Secara Dalam Talian (Google Meet)
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam. Seramai 267 orang peserta dari pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan telah menyertai Webinar ini.
AGENDA
SESI BERGAMBAR