Mengenai MyTCoE

Pengenalan

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Malaysia Software Testing Hub (MSTH) Bil. 1/2015 yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah memberi mandat kepada MAMPU untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pengujian Perisian Sektor Awam (MyTCoE).

Pusat Kecemerlangan Pengujian Perisian Sektor Awam (MyTCoE) memberi tumpuan kepada perkhidmatan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) bagi memastikan perisian (produk) yang dibangunkan dan proses penghasilan perisian menepati standard yang ditetapkan dan menepati kehendak pengguna pada setiap fasa pembangunan sistem. MyTCoE akan memberikan penekanan terhadap aspek kualiti perisian yang secara langsung dapat mengurangkan kos pembangunan sistem. Dalam konteks pembangunan sistem, kos pembangunan sistem yang berkualiti tinggi adalah lebih rendah berbanding dengan kos pembangunan sistem yang berkualiti rendah.

MyTCoE juga berperanan untuk menghasilkan garis panduan dan polisi dalam pelaksanaan IV&V dan kualiti di agensi sektor awam. Ini membolehkan pengurusan, penyelarasan dan pelaksanaan projek ICT (pembangunan dan pengujian sistem) yang seragam dalam menghasilkan produk ICT yang berkualiti tinggi.

 

Misi
Membudayakan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) dan memperkasa pelaksanaan Independent Verification and Validation (IV&V).

 

Objektif

1. Menjadi Pusat Rujukan Utama berkaitan SQA bagi Sektor Awam.

2. Membudayakan aktiviti SQA dalam pembangunan perisian sektor awam.

3. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan personel ICT Sektor Awam dalam bidang SQA melalui kolaboratif strategik antara agensi kerajaan dan industri.

 

Peranan

1. Memainkan peranan sebagai Pusat Rujukan SQA Sektor Awam.

2. Memberikan Khidmat Nasihat & Perundingan SQA Kepada Agensi kerajaan.

3. Menyediakan polisi dan garis panduan pelaksanaan IV&V.

4. Melaksanakan program pembudayaan SQA Sektor Awam.

 

 

Faedah Penubuhan

1. Peningkatan kualiti perisian dan proses pembangunan perisian melalui pematuhan standard kualiti antarabangsa.

2. Peningkatan kesedaran dan pembudayaan SQA melalui program kesedaran, persijilan professional dan latihan bersama pihak industri.

3. Pelaksanaan SQA (khususnya pelaksanaan IV & V) yang seragam di setiap agensi.

4. Dokumentasi pembangunan sistem yang lebih teratur dan seragam.