Bootcamp Pengujian Prestasi (Performance Test) Siri 1/2019

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi (Performance Test) Sistem Aplikasi Sektor Awam pada 14-16 Oktober 2019, bertempat di Bilik Serbaguna 1, Aras 3, Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. Bootcamp ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Nurliza Bt Mokhtar (Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bootcamp ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Peserta yang hadir memberikan sepenuh perhatian sepanjang sesi bootcamp dijalankan. Bootcamp ini turut dibantu oleh 5 orang penceramah dan fasilitator yang terdiri daripada pegawai MyTCoE. MyTCoE akan berusaha untuk mematapkan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house'. 

MyTCoE bercadang untuk mengadakan beberapa siri bootcamp lagi pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi Pegawai Teknologi Maklumat daripada agensi mendapat manfaat daripada sesi ini.

 

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Peserta Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. Mohd Hasiady Bin Yasin Unit MyTCoE, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Penceramah
2. Myzatul Akmam Binti Sapaat Unit MyTCoE, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Penceramah
3. Roshaimieza Binti Mat Adam Unit MyTCoE, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Penceramah
4. Ibrahim Bin Abdullah Bahagian Perundingan ICT, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Fasilitator
5.  Nurul Hazira Binti Abdul Aziz Unit MyTCoE, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Fasilitator

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Performance Test adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Perasmian Bootcamp
2. Fungsi dan Peranan Unit MyTCoE, BPI, MAMPU
3. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
4. Pengujian Prestasi – Tujuan dan Kepentingannya
5. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
6.  Berkenalan dengan JMeter
7. Installasi dan Konfigurasi JMeter
8. Hands on Pengujian Prestasi Menggunakan JMeter
9. Kerja Individu - Projek Pengujian Prestasi Sistem
10. Analisis dan Laporan Pengujian Prestasi
11. Penilaian dan Penutup