Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 1/2021

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT akan mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 1/2021 secara dalam talian pada 26 hingga 28 Julai 2021.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bootcamp ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. 

Sila klik di sini untuk melihat video rakaman sepanjang bootcamp diadakan. Sila log masuk menggunakan Username dan Password yang diberi kepada peserta.

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Performance Test adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Tentatif Aturcara Bootcamp
2. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
3. Pengujian Prestasi – Tujuan dan Kepentingannya
4. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
5.  Berkenalan dengan JMeter
6. Installasi dan Konfigurasi JMeter
7. Hands on Pengujian Prestasi Menggunakan JMeter
8. Kerja Individu - Projek Pengujian Prestasi Sistem
9. Contoh Penyelesaian Kerja Individu
10. Analisis dan Laporan Pengujian Prestasi
11. Templat Pelan Pengujian Prestasi
12. Templat Laporan Pengujian Prestasi

 

Keperluan yang perlu disediakan oleh setiap peserta bagi menghadiri bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Laptop
- sistem pengoperasian Windows 10
- minimum 8GB Memory
2. Muat turun JDK 8.0, JMeter 5.1.1, JMeter Plugins Manager and Server Agent
Java Development Kit 8.0
Apache JMeter Version 5.1.1
JMeter Plugins Manager
Server Agent
3. Muat turun Web Server, Apache, MySQL
1) WAMP 64bit atau
2) XAMP 64bit
4. Sistem yang akan digunakan untuk pengujian prestasi bagi kerja individu
1) HESK System

 

Persediaan peserta adalah seperti berikut:

Bil. Perkara  
1. Memuat turun aplikasi mobile Bootcamp KRISA versi terkini dari Gudang GAMMA pada telefon bimbit bagi tujuan untuk merekod kehadiran dan maklumbalas peserta bootcamp. Aplikasi ini menggunakan No. KP (tanpa tanda sempang ' -') sebagai ID Pengguna dan kata laluan default adalah password@1234.

Sila rujuk Lampiran C untuk tindakan lanjut.

Sebarang pertanyaan atau pemasalahan berkaitan aplikasi sistem kehadiran, YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi En. Ibrahim Abdullah menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau ditalian 016-5576155.
 
2. Mengunakan aplikasi Pemesejan Segera Kerajaan (GoChat) sebagai medium komunikasi peserta-peserta Bootcamp KRISA dan juga saluran penyampaian maklumat yang pantas dan selamat. Aplikasi ini disediakan di dalam dua versi iaitu Mobile (Android dan iOS) dan Web bagi pengguna yang ingin menggunakannya melalui pelayar.

Bagi tujuan pendaftaran dan muat turun aplikasi, sila rujuk Manual Pengguna GoChat untuk tindakan lanjut.

Sebarang pertanyaan atau pemasalahan berkaitan aplikasi GoChat, YBrs. Dr./Tuan/Puan juga melayari Portal Rasmi GoChat dan juga Meja Bantuan
 
3. Mematuhi etika dan tatacara sepanjang pelaksanaan bootcamp. Sila rujuk Lampiran B.