Bootcamp KRISA Siri 1/2021: Kajian Keperluan dan Analisis Sistem

Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp KRISA Siri 1: Kajian Keperluan dan  Analisis Sistem pada 6 – 8 April 2021.  Bootcamp ini telah diadakan di Dewan Pemeran, Aras 1, Menara Usahawan, Putrajaya.  En. Hussin Bin Abu Bakar, Ketua Perunding Pembangunan Sistem, Bahagian Perundingan ICT (BPI) MAMPU telah merasmikan bootcamp tersebut.

Bootcamp ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam terhadap metodologi kajian keperluan dan analisis sistem berasaskan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA).  Bootcamp ini telah dihadiri oleh 27 orang peserta dari pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan. 

 

Barisan tenaga pengajar bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Nama Pegawai Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan
1 Pn. Rohiza binti Ahmad BPI, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 En. Mohamed Zulkifli bin Mohamed Nawi BPI, MAMPU  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 En. Ts. Abdullah bin Mohammad BPI, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Pn. Azlina binti Abd Hamid BPI, MAMPU Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Agenda dan kandungan Bootcamp Kajian Keperluan dan Analisis Sistem

Bil. Tajuk
1.  Penentuan Keperluan Bisnes
2. Pemodelan Fungsi Bisnes
3.  Pemodelan Proses Bisnes
4. Penyediaan Sepesifikasi Keperluan Bisnes
5. Pemodelan Use Case
6. Pemodelan Fungsi Sistem
7.  Penentuan Keperluan Bukan Fungsian
8. Traceability Fungsi Bisnes vs Fungsi Sistem
9. Penyediaan Spesifikasi Keperluan Sistem