Bootcamp KRISA Siri 2/2021: Fasa Rekabentuk, Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem

Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp KRISA Siri 2/2021: Fasa Rekabentuk, Pembangunan dan Pelaksanaan pada 9 hingga 11 Jun 2021 secara dalam talian. Bootcamp ini telah dirasmikan oleh En. Hussin Bin Abu Bakar (Ketua Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

Sesi bootcamp ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan juga latihan secara hands-on kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di agensi-agensi sektor awam berkenaan dengan metodologi pembangunan sistem ICT berdasarkan kepada Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA). Sesi bootcamp kali ini akan merangkumi pembelajaran kepada tiga fasa pembangunan sistem, iaitu Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan dan Fasa Pelaksanaan.

Bootcamp ini telah dihadiri oleh 72 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Bootcamp ini turut dibantu oleh penceramah dan fasilitator dari Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

 

 

Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
  REKABENTUK FUNGSIAN  
1. Sesi Review BRS dan SRS  
2. Rekabentuk Arkitektur Sistem dan Penentuan Teknologi  
3. Rekabentuk Antaramuka Pengguna  
4. Rekabentuk Transaksi Sistem (Use case Scenario)  
  PANGKALAN DATA, MIGRASI DAN INTEGRASI  
5. Penyediaan Spesifikasi Rekabentuk Sistem (SDS)  
6. Pengenalan kepada Pengurusan Pangkalan Data  
7. Pemodelan Keperluan Maklumat  
8. Rekabentuk Pangkalan Data  
9.  Migrasi Data  
10. Integrasi Sistem
  PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN  
11. Pendekatan dalam Pembangunan Pangkalan Data & Pengaturcaraan Aplikasi  
12. Penyediaan Manual Pengguna
13. Serahan Sistem Aplikasi  
  TEMPLATE DOKUMEN KRISA  
D01  DOKUMEN PELAN PEMBANGUNAN SISTEM (PPS)
D02  DOKUMEN SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS)
D03  DOKUMEN SPESIFIKASI KEPERLUAN SISTEM (SRS)
D04  DOKUMEN SPESIFIKASI REKABENTUK SISTEM (SDS)
D05  DOKUMEN PELAN MIGRASI DATA
D06  DOKUMEN SPESIFIKASI MIGRASI DATA
D07  DOKUMEN PELAN INTEGRASI SISTEM
D08  DOKUMEN SPESIFIKASI INTEGRASI DATA
D09  DOKUMENTASI PANGKALAN DATA
D10  DOKUMENTASI KOD SUMBER
D11  DOKUMEN LAPORAN UJIAN SISTEM
D12  DOKUMEN PELAN INDUK PENGUJIAN
D13  DOKUMEN PELAN UJIAN PENERIMAAN (UAT-PAT)
D14  DOKUMEN LAPORAN UJIAN PENERIMAAN (UAT PAT)
D15  DOKUMEN LAPORAN MIGRASI DATA
D16  DOKUMEN LAPORAN PENAMATAN UJIAN
D17  DOKUMEN MANUAL PENGGUNA SISTEM
D18  DOKUMEN LAPORAN SERAHAN SISTEM