Kursus Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Tahun 2026 Anjuran UTM

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bengkel Pengujian Prestasi AnjuranPusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 10 Ogos sehingga 12 Ogos 2026 di Makmal Penyelidikan Maklumat, Aras 4, Perpustakaan Raja Zarith Sofea (PRZS), UTM Johor Bahru.

Objektif bengkel adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi.