
Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Pertengahan) Tahun 2026 pada 27 hingga 29 April 2026 , bertempat di Bilik Latihan Amaryllis, Bahagian Permata Kpm,Aras 3, Blok Podium, Menara Usahawan.
Objektif bengkel adalah untuk:
- Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam tentang kepentingan pelaksanaan ujian prestasi dalam pembangunan sistem aplikasi sektor awam.
- Membangunkan pengetahuan dan kemahiran secara hands on mengenai pelaksanaan pengujian prestasi sistem aplikasi.
- Meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai agensi sektor awam untuk melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi berimpak tinggi.
- Berkongsi pengalaman amalan terbaik dalam melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi sektor awam.
Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi.
