Kursus Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Tahun 2026 Anjuran DigitalUKM

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bengkel Pengujian Prestasi Anjuran Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM), UKM pada 31 Mac sehingga 2 April 2026 di Bilik Kenanga, Aras 1 Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Objektif bengkel adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi.