Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam pada 24 dan 25 September 2024 , bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Objektif bengkel adalah bertujuan untuk memurnikan dokumen Garis Panduan Pelaksanaan Ujian Prestasi yang telah dibangunkan hasil daripada input yang diperolehi daripada bengkel siri pertama. Garis Panduan ini akan menjadi sebagai panduan dan rujukan yang standard agar pelaksanaan ujian prestasi sistem aplikasi sektor awam dapat dilaksanakan dengan cara yang konsisten dan mengikut amalan terbaik pengujian berdasarkan kepada keperluan agensi-agensi kerajaan, swasta serta pengamal-pengamal (practitioner) bidang pengujian sistem.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.