Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam pada 20 dan 21 Mei 2024 , bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Objektif bengkel adalah untuk:

  1. Mengenalpasti senario dan persekitaran semasa berkaitan pelaksanaan pengujian prestasi bagi projek pembangunan sistem.
  2. Mengumpulkan maklumat berkaitan parameter penting seperti kriteria, kaedah, strategi yang boleh dinyatakan secara jelas dalam pelaksanaan ujian prestasi berdasarkan pelbagai kategori dan metodologi projek pembangunan sistem.
  3. Mendapatkan maklum balas, pandangan, idea dan pendapat yang lebih menyeluruh daripada peserta-peserta bengkel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai teknologi maklumat agensi sektor awam, pengamal-pengamal bidang pengujian sistem serta pakar industri.
  4. Membangunkan satu asas garis panduan pelaksanaan ujian prestasi yang komprehensif.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.