Bahagian Perundingan ICT, MAMPU akan menganjurkan Bootcamp Function Point Siri 1/2023 pada 9 hingga 11 Mei 2023, bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Presint 2, Putrajaya.
Objektif bootcamp ini adalah:
- Memberi pendedahan kepada pegawai agensi sektor awam berkenaan penganggaran saiz sistem aplikasi menggunakan kaedah Function Point.
- Membangunkan keupayaan pegawai agensi sektor awam dalam menganggarkan saiz sistem aplikasi menggunakan kaedah Function Point.

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Function Point adalah seperti berikut:
| Bil. | Tajuk |
| 1. | Introduction and the Basic of Function Point Analysis |
| 2. | Data Function & Latihan |
| 3. | Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik |
| 4. | Transactional Function & Latihan |
| 5. | Value Adjustment Factor (VAF) |
| 6. | Calculating Unadjusted Function Point and Adjusted Function Point & Latihan |
| 7. | Menentukan Hierarki Fungsi Bisnes & Latihan |
| 8. | Early & Quick Function Point |
| 9. | Kajian Kes |
Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.
| Bil. | Nama Peserta | Kementerian/Agensi | Maklumat Perhubungan | Peranan |
| 1. | Dr. Sri Lakshmi a/p Kanniah | Unit MyTCoE, MAMPU | Penceramah | |
| 2. | Ts. Myzatul Akmam Binti Sapaat | Unit MyTCoE, MAMPU | Penceramah | |
| 3. | Muhammad Hadri Bin Basri | Bahagian Perundingan ICT, MAMPU | Penceramah | |
| 4. | Ts. Nursyafika Binti Harsad | Unit MyTCoE, MAMPU | Fasilitator |
