Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 2/2021

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 2/2021 secara dalam talian pada 20 hingga 22 September 2021 kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bootcamp ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Performance Test adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Tentatif Aturcara Bootcamp
2. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
3. Pengujian Prestasi – Tujuan dan Kepentingannya
4. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
5.  Berkenalan dengan JMeter
6. Installasi dan Konfigurasi JMeter
7. Hands on Pengujian Prestasi Menggunakan JMeter
8. Kerja Individu - Projek Pengujian Prestasi Sistem
9. Contoh Penyelesaian Kerja Individu  
10. Analisis dan Laporan Pengujian Prestasi
11. Templat Pelan Pengujian Prestasi
12. Templat Laporan Pengujian Prestasi

 

Keperluan yang perlu disediakan oleh setiap peserta bagi menghadiri bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Laptop
- sistem pengoperasian Windows 10
- minimum 8GB Memory
2. Muat turun JDK 8.0, JMeter 5.1.1, JMeter Plugins Manager and Server Agent
Java Development Kit 8.0
Apache JMeter Version 5.1.1
JMeter Plugins Manager
Server Agent
3. Muat turun Web Server, Apache, MySQL
1) WAMP 64bit atau
2) XAMP 64bit
4. Sistem yang akan digunakan untuk pengujian prestasi bagi kerja individu
1) HESK System