Bootcamp Function Point Tahun 2024 Anjuran Jabatan Digital Negara

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah menganjurkan Bootcamp Function Point Tahun 2024 pada 11 hingga 13 Jun 2024, bertempat di Dewan Jamuan Syura B, Aras 2, Blok B, Kompleks islam Putrajaya. 

Objektif bootcamp ini adalah:

  1. Memberi pendedahan kepada pegawai agensi sektor awam berkenaan penganggaran saiz sistem aplikasi menggunakan kaedah Function Point.
  2. Membangunkan keupayaan pegawai agensi sektor awam dalam menganggarkan saiz sistem aplikasi menggunakan kaedah Function Point.

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Function Point adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Introduction and the Basic of Function Point Analysis
2. Data Function & Latihan
3. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
4. Transactional Function & Latihan
5. Value Adjustment Factor (VAF)
6.  Calculating Unadjusted Function Point and Adjusted Function Point & Latihan
7. Menentukan Hierarki Fungsi Bisnes & Latihan
8. Early & Quick Function Point
9. Kajian Kes

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Peserta Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. Dr. Sri Lakshmi a/p Kanniah Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
2. Ts. Myzatul Akmam Binti Sapaat Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
3. Muhammad Hadri Bin Basri Bahagian Perundingan ICT, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
4.  Ts. Nursyafika Binti Harsad Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator