Bengkel Semakan dan Penambahbaikan KRISA Tahun 2023

Trek Pembangunan Sistem, Bahagian Perundingan ICT telah mengadakan Bengkel Semakan dan Penambahbaikan KRISA Tahun 2023 pada 10 hingga 11 Julai 2023, bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Objektif bengkel adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam tentang kepentingan pelaksanaan ujian prestasi dalam pembangunan sistem aplikasi sektor awam.
  2. Membangunkan pengetahuan dan kemahiran secara hands on mengenai pelaksanaan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  3. Meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai agensi sektor awam untuk melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi berimpak tinggi.
  4. Berkongsi pengalaman amalan terbaik dalam melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi sektor awam.

Bengkel ini adalah untuk memantapkan KRISA. Seramai 26 orang peserta menghadiri bengkel berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat senarai peserta.

Agenda dan Kandungan bengkel adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. PENGENALAN KEPADA KAJIAN SEMULA KRISA
MUHAMMAD HADRI BIN BASRI
2. PEMBENTANGAN HASIL ANALISIS KAJIAN SOAL SELIDIK PENGGUNAAN KRISA
TS DR. SRI LAKSHMI A/P KANNIAH
3. PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN KEJURUTERAAN KEPERLUAN DARI WAKIL AKADEMIK (UPM)
TS DR. MOHD HAFEEZ OSMAN
4. BRAINSTORMING PENAMBAHBAIKAN KRISA MENGIKUT BIDANG (SD, DB & TCOE)  
5. PENILAIAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KRISA MENGIKUT BIDANG (SD, DB & TCOE)