Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Pertengahan) Tahun 2023

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Pertengahan) Tahun 2023 pada 19 hingga 21 Jun 2023 , bertempat di Bilik Serbaguna 2, Aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Objektif bootcamp adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam tentang kepentingan pelaksanaan ujian prestasi dalam pembangunan sistem aplikasi sektor awam.
  2. Membangunkan pengetahuan dan kemahiran secara hands on mengenai pelaksanaan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  3. Meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai agensi sektor awam untuk melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi berimpak tinggi.
  4. Berkongsi pengalaman amalan terbaik dalam melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi sektor awam.

Bootcamp ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian prestasi sistem aplikasi. Seramai 24 orang peserta akan menghadiri bootcamp berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat senarai peserta.

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Doa Bootcamp
2. Tentatif Agenda Bootcamp
3. Perancangan dan Pelaksanaan Pengujian Prestasi  
4. Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi Berprestasi Tinggi  
5. Pelan Ujian Prestasi  
6. Installasi JMeter Untuk Pengujian Berprestasi Tinggi  
7. Skrip Pengujian Prestasi
- Pembangunan Skrip
- Semakan Skrip
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Ujian Prestasi
- Jana Laporan
 
8. Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK
- Pembangunan Pelan Ujian Prestasi
- Pembangunan Skrip Pengujian
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Pengujian Prestasi
- Jana Laporan
 
9. Templat Laporan Pengujian Prestasi  
10. Laporan Pengujian Prestasi