Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 2/2023 Anjuran Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) pada 9 hingga 11 Mei 2023 , bertempat di Bilik Latihan ICT 1, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Sumber Manusia, Aras 6, Blok D3, Kompleks D, Putrajaya.

Objektif bootcamp adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. Seramai 27 orang peserta telah menghadiri bootcamp berkenaan. Slik klik di sini untuk melihat senarai peserta.

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Tentatif Bootcamp
2. Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi  
3. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi  
4.  Pengenalan Kepada Tools Pengujian Prestasi (JMeter 5.5)  
5.  Installasi dan Konfigurasi
- Java Development Kit 8
- JMeter 5.5
- XAMP 7.4.3 (Apache, MySQL dan PhP)
- Sistem HESK
 
6. Skrip Pengujian Prestasi
- Pembangunan Skrip
- Semakan Skrip
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Ujian Prestasi
- Jana Laporan
 
7. Tugasan Individu  
8. Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK
- Pembangunan Pelan Ujian Prestasi
- Pembangunan Skrip Pengujian
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Pengujian Prestasi
- Jana Laporan
 
9. Contoh Penyelesaian Projek Pengujian Prestasi    
10. Templat Laporan Pengujian Prestasi