Bengkel Asas Pengujian Prestasi Perkhidmatan Digital Anjuran SUK Negeri Sembilan

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT dengan kerjasama SUK Negeri Sembilan akan mengadakan Bengkel Asas Pengujian Prestasi Perkhidmatan Digital pada 1 hingga 3 Ogos 2023, bertempat di Palm Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.

Objektif bootcamp adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat SUK Negeri Sembilan secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. 

Sila klik di sini untuk melihat senarai peserta.

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Tentatif Bootcamp
2. Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi  
3. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi  
4.  Pengenalan Kepada Tools Pengujian Prestasi (JMeter 5.5)  
5.  Installasi dan Konfigurasi
- Java Development Kit 8
- JMeter 5.5
- XAMP 7.4.3 (Apache, MySQL dan PhP)
- Sistem HESK
 
6. Skrip Pengujian Prestasi
- Pembangunan Skrip
- Semakan Skrip
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Ujian Prestasi
- Jana Laporan
 
7. Tugasan Individu  
8. Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK
- Pembangunan Pelan Ujian Prestasi
- Pembangunan Skrip Pengujian
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Pengujian Prestasi
- Jana Laporan
 
9. Contoh Penyelesaian Projek Pengujian Prestasi  
10. Templat Laporan Pengujian Prestasi Pusingan 1  
11. Templat Laporan Pengujian Prestasi Pusingan 2  

 

Sila log masuk LMS MyTCoE untuk muat turun slaid pembentangan dan perisian berkaitan.