Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 1/2023 Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Siri 1/2023 Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 hingga 17 Mac 2023 kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Objektif bengkel adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. Seramai 18 orang peserta telah menghadiri bengkel berkenaan.

 

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bengkel Pengujian Prestasi Aplikasi HRMIS 2.0 dan Amalan Terbaik Pembangunan Sistem Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Tentatif Bengkel
2. Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi  
3. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi  
4.  Pengenalan Kepada Tools Pengujian Prestasi (JMeter 5.5)  
5.  Installasi dan Konfigurasi
- Java Development Kit 8
- JMeter 5.5
- XAMP 7.4.3 (Apache, MySQL dan PhP)
- Sistem HESK
 
6. Skrip Pengujian Prestasi
- Pembangunan Skrip
- Semakan Skrip
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Ujian Prestasi
- Jana Laporan
 
7. Tugasan Individu  
8. Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK
- Pembangunan Pelan Ujian Prestasi
- Pembangunan Skrip Pengujian
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Pengujian Prestasi
- Jana Laporan
 
9. Contoh Penyelesaian Projek Pengujian Prestasi  
10. Templat Laporan Pengujian Prestasi