Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp KRISA Siri 3/2021: Pengujian Sistem pada 28 hingga 30 Jun 2021 secara dalam talian. Bootcamp ini akan dirasmikan oleh En. Hussin Bin Abu Bakar (Ketua Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.
Objektif penganjuran bootcamp ini adalah bertujuan untuk:
a) Memberi pendedahan dan kefahaman kepada Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam dalam melaksanakan kaedah pengujian sistem menggunakan teknik pengujian yang betul dan amalan terbaik pengujian dengan merujuk kepada Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) serta Dokumen Standard ISO/IEC/IEEE;
b) Melatih secara hands-on kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dalam pelaksanaan pengujian dan penyediaan dokumen serahan.
Bootcamp ini terbuka kepada peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Bootcamp ini akan turut dibantu oleh penceramah dan fasilitator dari Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.
Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:
Bil. | Tajuk | Slaid |
1. | Pengenalan kepada Pengujian Sistem Menerangkan tentang kepentingan pelaksanaan pengujian sistem dalam setiap fasa yang terlibat. |
|
2. | Pelan Pengujian Induk/UAT/PAT Menerangkan tentang kepentingan penyediaan pelan pengujian sebagai rujukan utama perancangan dan pengurusan aktiviti pengujian sistem secara menyeluruh. |
|
3. | Early Testing dan Traceability Matrix Menerangkan tentang kepentingan pelaksanaan Early Testing serta penyediaan dokumen Traceability Matrix sebagai rujukan pelaksanaan ujian dan penyediaan dokumentasi pengujian seterusnya. |
|
4. | Teknik-Teknik Pengujian (Asas) Menerangkan tentang teknik-teknik pengujian asas serta pemilihan teknik pengujian yang betul bagi aktiviti pengujian. |
|
5. | Penyediaan Spesifikasi Rekabentuk Ujian Menerangkan tentang penyediaan dokumentasi yang mengandungi features to be tested dan test conditions berdasarkan dokumentasi pembangunan sistem. |
|
6. | Penyediaan Spesifikasi Kes Ujian Menerangkan tentang penyediaan dokumentasi yang mengandungi item liputan ujian (test coverage item) dan kes ujian (test case) yang sesuai berdasarkan Spesifikasi Rekabentuk Ujian. |
|
7. | Penyediaan Skrip Ujian Menerangkan tentang penyediaan dokumentasi yang mengandungi scenario ujian (test scenario) dan urutan arahan pelaksanaan ujian. |
|
8. | Pelaksanaan dan Dokumentasi Ujian Sistem/UAT/PAT Menerangkan tentang pelaksanaan setiap peringkat ujian secara terperinci dan penyediaan dokumentasi bagi Ujian Sistem, UAT dan PAT. |
|
9. | Penamatan Ujian Menerangkan tentang pelaksanaan FAT serta dokumentasi yang perlu disediakan. |
|
10. | PEMBAHAGIAN KUMPULAN ( BREAKING SESSION ) |
Bil. | Template / Latihan | Slaid |
1. | PELAN INDUK PENGUJIAN - CONTOH | |
2. | TEMPLATE PELAN INDUK PENGUJIAN (MASTER TEST PLAN) | |
3. | D02-SPESIFIKASI_KEPERLUAN_BISNES | |
4. | D03-SPESIFIKASI_KEPERLUAN_SISTEM | |
5. | TEMPLAT TRACEABILITY MATRIX ( powerpoint ) | |
6. | TEMPLAT TRACEABILITY MATRIX (excel ) | |
7. | TEST DESIGN TECHNIQUE - USE CASE TESTING | |
8. | EXERCISE - TEST DESIGN TECHNIQUE | |
9. | JAWAPAN LATIHAN TEST DESIGN TECHNIQUE | |
10. | TEMPLAT SPESIFIKASI RAKABENTUK UJIAN | |
11. | KAJIAN KES TOPIK 5-7 | |
12. | TEMPLAT SPESIFIKASI KES UJIAN | |
13. | TEMPLAT SPESIFIKASI PROSEDUR UJIAN |
!--
Persediaan Peserta | ||
D01 | DOKUMEN PELAN PEMBANGUNAN SISTEM (PPS) | |
D02 | DOKUMEN SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) |
-->
Persediaan peserta adalah seperti berikut:
Bil. | Perkara | |
1. | Memuat turun aplikasi mobile Bootcamp KRISA versi terkini dari Gudang GAMMA pada telefon bimbit bagi tujuan untuk merekod kehadiran dan maklumbalas peserta bootcamp. Aplikasi ini menggunakan No. KP (tanpa tanda sempang ' -') sebagai ID Pengguna dan kata laluan default adalah password@1234. Sila rujuk Lampiran C untuk tindakan lanjut. Sebarang pertanyaan atau pemasalahan berkaitan aplikasi sistem kehadiran, YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi En. Ibrahim Abdullah menerusi emel |
|
2. | Mengunakan aplikasi Pemesejan Segera Kerajaan (GoChat) sebagai medium komunikasi peserta-peserta Bootcamp KRISA dan juga saluran penyampaian maklumat yang pantas dan selamat. Aplikasi ini disediakan di dalam dua versi iaitu Mobile (Android dan iOS) dan Web bagi pengguna yang ingin menggunakannya melalui pelayar. Bagi tujuan pendaftaran dan muat turun aplikasi, sila rujuk Manual Pengguna GoChat untuk tindakan lanjut. Sebarang pertanyaan atau pemasalahan berkaitan aplikasi GoChat, YBrs. Dr./Tuan/Puan juga melayari Portal Rasmi GoChat dan juga Meja Bantuan |
|
3. | Mematuhi etika dan tatacara sepanjang pelaksanaan bootcamp. Sila rujuk Lampiran B. |
Gambar Semasa Bootcamp