Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp KRISA Siri 1: Kajian Keperluan dan Analisis Sistem pada 6 – 8 April 2021. Bootcamp ini telah diadakan di Dewan Pemeran, Aras 1, Menara Usahawan, Putrajaya. En. Hussin Bin Abu Bakar, Ketua Perunding Pembangunan Sistem, Bahagian Perundingan ICT (BPI) MAMPU telah merasmikan bootcamp tersebut.
Bootcamp ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam terhadap metodologi kajian keperluan dan analisis sistem berasaskan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA). Bootcamp ini telah dihadiri oleh 27 orang peserta dari pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan.
Barisan tenaga pengajar bootcamp adalah seperti berikut:
Bil. | Nama Pegawai | Kementerian/Agensi | Maklumat Perhubungan |
1 | Pn. Rohiza binti Ahmad | BPI, MAMPU | |
2 | En. Mohamed Zulkifli bin Mohamed Nawi | BPI, MAMPU | |
3 | En. Ts. Abdullah bin Mohammad | BPI, MAMPU | |
4 | Pn. Azlina binti Abd Hamid | BPI, MAMPU |
Agenda dan kandungan Bootcamp Kajian Keperluan dan Analisis Sistem
Bil. | Tajuk |
1. | Penentuan Keperluan Bisnes |
2. | Pemodelan Fungsi Bisnes |
3. | Pemodelan Proses Bisnes |
4. | Penyediaan Sepesifikasi Keperluan Bisnes |
5. | Pemodelan Use Case |
6. | Pemodelan Fungsi Sistem |
7. | Penentuan Keperluan Bukan Fungsian |
8. | Traceability Fungsi Bisnes vs Fungsi Sistem |
9. | Penyediaan Spesifikasi Keperluan Sistem |