Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp KRISA Siri 2/2021: Fasa Rekabentuk, Pembangunan dan Pelaksanaan pada 9 hingga 11 Jun 2021 secara dalam talian. Bootcamp ini telah dirasmikan oleh En. Hussin Bin Abu Bakar (Ketua Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.
Sesi bootcamp ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan juga latihan secara hands-on kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di agensi-agensi sektor awam berkenaan dengan metodologi pembangunan sistem ICT berdasarkan kepada Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA). Sesi bootcamp kali ini akan merangkumi pembelajaran kepada tiga fasa pembangunan sistem, iaitu Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan dan Fasa Pelaksanaan.
Bootcamp ini telah dihadiri oleh 72 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Bootcamp ini turut dibantu oleh penceramah dan fasilitator dari Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.
Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:
Bil. | Tajuk | Slaid |
REKABENTUK FUNGSIAN | ||
1. | Sesi Review BRS dan SRS | |
2. | Rekabentuk Arkitektur Sistem dan Penentuan Teknologi | |
3. | Rekabentuk Antaramuka Pengguna | |
4. | Rekabentuk Transaksi Sistem (Use case Scenario) | |
PANGKALAN DATA, MIGRASI DAN INTEGRASI | ||
5. | Penyediaan Spesifikasi Rekabentuk Sistem (SDS) | |
6. | Pengenalan kepada Pengurusan Pangkalan Data | |
7. | Pemodelan Keperluan Maklumat | |
8. | Rekabentuk Pangkalan Data | |
9. | Migrasi Data | |
10. | Integrasi Sistem | |
PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN | ||
11. | Pendekatan dalam Pembangunan Pangkalan Data & Pengaturcaraan Aplikasi | |
12. | Penyediaan Manual Pengguna | |
13. | Serahan Sistem Aplikasi | |
TEMPLATE DOKUMEN KRISA | ||
D01 | DOKUMEN PELAN PEMBANGUNAN SISTEM (PPS) | |
D02 | DOKUMEN SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) | |
D03 | DOKUMEN SPESIFIKASI KEPERLUAN SISTEM (SRS) | |
D04 | DOKUMEN SPESIFIKASI REKABENTUK SISTEM (SDS) | |
D05 | DOKUMEN PELAN MIGRASI DATA | |
D06 | DOKUMEN SPESIFIKASI MIGRASI DATA | |
D07 | DOKUMEN PELAN INTEGRASI SISTEM | |
D08 | DOKUMEN SPESIFIKASI INTEGRASI DATA | |
D09 | DOKUMENTASI PANGKALAN DATA | |
D10 | DOKUMENTASI KOD SUMBER | |
D11 | DOKUMEN LAPORAN UJIAN SISTEM | |
D12 | DOKUMEN PELAN INDUK PENGUJIAN | |
D13 | DOKUMEN PELAN UJIAN PENERIMAAN (UAT-PAT) | |
D14 | DOKUMEN LAPORAN UJIAN PENERIMAAN (UAT PAT) | |
D15 | DOKUMEN LAPORAN MIGRASI DATA | |
D16 | DOKUMEN LAPORAN PENAMATAN UJIAN | |
D17 | DOKUMEN MANUAL PENGGUNA SISTEM | |
D18 | DOKUMEN LAPORAN SERAHAN SISTEM |