Bootcamp Function Point Siri 1/2021

Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp Function Point Siri 1/2021 pada 29 hingga 31 Mac 2021, bertempat di Dewan Pameran, Aras 1, Menara Usahawan, Putrajaya. Bootcamp ini telah dirasmikan oleh En. Hussin Bin Abu Bakar (Ketua Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

Objektif bootcamp ini adalah:

  1. Memberi pendedahan kepada pegawai agensi sektor awam berkenaan penganggaran saiz sistem aplikasi menggunakan kaedah Function Point.
  2. Membangunkan keupayaan pegawai agensi sektor awam dalam menganggarkan saiz sistem aplikasi menggunakan kaedah Function Point.

Bootcamp ini telah dihadiri oleh 58 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Peserta yang hadir memberikan sepenuh perhatian sepanjang sesi bootcamp dijalankan. Bootcamp ini turut dibantu oleh 4 orang penceramah dan fasilitator.

 

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Peserta Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. SRI LAKSHMI A/P KANNIAH Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
2. MYZATUL AKMAM BINTI SAPAAT Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
3. MUHAMMAD HADRI BIN BASRI Bahagian Perundingan ICT, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
4.  NURUL HAZIRA BINTI AB. AZIZ Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Function Point adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Introduction and the Basic of Function Point Analysis
2. Data Function & Latihan
3. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
4. Transactional Function & Latihan
5. Value Adjustment Factor (VAF)
6.  Calculating Unadjusted Function Point and Adjusted Function Point & Latihan
7. Menentukan Hierarki Fungsi Bisnes & Latihan
8. Early & Quick Function Point
9. Kajian Kes