Bootcamp Function Point Siri 1/2020

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah mengadakan Bootcamp Function Point Siri 1/2020 pada 10-12 Mac 2020, bertempat di Bilik Serbaguna 1, Aras 3, Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. Bootcamp ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Nurliza Bt Mokhtar (Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberi pendedahan kepada peserta kaedah pengiraan menggunakan Function Point Analysis (FPA).
  2. Memberi pendedahan kepada peserta kaedah penganggaran menggunakan Early & Quick Function Point (E&QFP).
  3. Hands on pengiraan FP dan penganggaran E&QFP.

Bootcamp ini telah dihadiri oleh 36 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Peserta yang hadir memberikan sepenuh perhatian sepanjang sesi bootcamp dijalankan. Bootcamp ini turut dibantu oleh 4 orang penceramah dan fasilitator.

MyTCoE bercadang untuk mengadakan beberapa siri bootcamp lagi pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi Pegawai Teknologi Maklumat daripada agensi mendapat manfaat daripada sesi ini.

 

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Peserta Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. SRI LAKSHMI A/P KANNIAH Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
2. MYZATUL AKMAM BINTI SAPAAT Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
3. MUHAMMAD HADRI BIN BASRI Bahagian Perundingan ICT, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
4.  NURUL HAZIRA BINTI AB. AZIZ Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Function Point adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Introduction and the Basic of Function Point Analysis
2. Data Function & Latihan
3. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
4. Transactional Function & Latihan
5. Value Adjustment Factor (VAF)
6.  Calculating Unadjusted Function Point and Adjusted Function Point & Latihan
7. Menentukan Hierarki Fungsi Bisnes & Latihan
8. Early & Quick Function Point
9. Kajian Kes