Bootcamp Pengujian Prestasi (Performance Test) Secara Dalam Talian Bil. 2/2020

Unit MyTCoE menerima permintaan daripada agensi untuk mengadakan Bootcamp secara dalam talian. Sehubungan itu, Bootcamp siri 2/2020 akan diadakan pada 30 November hingga 2 Disember 2020.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bootcamp ini akan dihadiri oleh 22 orang peserta daripada Universiti Malaysia Pahang. MyTCoE akan berusaha untuk mematapkan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house'. 

MyTCoE bercadang untuk mengadakan beberapa siri bootcamp secara dalam talian pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi Pegawai Teknologi Maklumat daripada agensi mendapat manfaat daripada sesi ini.

Senarai peserta yang mengikuti bootcamp adalah seperti di bawah:

Bil. Nama Peserta Kementerian/ Agensi Maklumat Perhubungan

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Pegawai Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. Mohd Hasiady Bin Yasin Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah/ Fasilitator
2. Roshaimieza Binti Mat Adam Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah/ Fasilitator

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Performance Test adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Muat Turun Slaid
1. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
2. Pengujian Prestasi – Tujuan dan Kepentingannya
3. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
4.  Berkenalan dengan JMeter
5. Installasi dan Konfigurasi JMeter
6. Hands on Pengujian Prestasi Menggunakan JMeter
7. Kerja Individu - Projek Pengujian Prestasi Sistem  
8. Analisis dan Laporan Pengujian Prestasi
9. Penilaian dan Penutup

 

Keperluan yang perlu disediakan oleh setiap peserta bagi menghadiri bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Laptop
- sistem pengoperasian Windows 10
- minimum 8GB Memory
2. Muat turun JDK 8.0, JMeter 5.1.1, JMeter Plugins Manager and Server Agent
- Java Development Kit 8.0
- Apache JMeter Version 5.1.1
- JMeter Plugins Manager
- Server Agent
3. Muat turun Web Server, Apache, MySQL
1) WAMP 64bit atau
2) XAMP 64bit
4. Sistem yang akan digunakan untuk pengujian prestasi bagi kerja individu
1) HESK System
5. Template
1) Performance Test Plan
2) Performance Test Report