Bootcamp Pengujian Prestasi (Performance Test) Bil. 1/2020

Ekoran daripada kejayaan penganjuran Bootcamp Siri 1/2019 dan Siri 2/2019, Unit MyTCoE menerima banyak permintaan daripada Pegawai Teknologi Maklumat di agensi untuk menghadiri siri Bootcamp yang seterusnya. Sehubungan itu, Bootcamp siri 1/2020 telah diadakan pada 28-30 September 2020.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bootcamp ini akan dihadiri oleh 32 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. MyTCoE akan berusaha untuk mematapkan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house'. 

MyTCoE bercadang untuk mengadakan beberapa siri bootcamp lagi pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi Pegawai Teknologi Maklumat daripada agensi mendapat manfaat daripada sesi ini.

Senarai peserta yang hadir adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Peserta Kementerian/ Agensi Maklumat Perhubungan

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Pegawai Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. Mohd Hasiady Bin Yasin Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
2. Roshaimieza Binti Mat Adam Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
3. Ibrahim Bin Abdullah Bahagian Perundingan ICT, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator
4. Nurul Hazira Binti Abdul Aziz Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Performance Test adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Muat Turun Slaid
1. Perasmian Bootcamp  
2. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
3. Pengujian Prestasi – Tujuan dan Kepentingannya
4. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
5.  Berkenalan dengan JMeter
6. Installasi dan Konfigurasi JMeter
7. Hands on Pengujian Prestasi Menggunakan JMeter
8. Kerja Individu - Projek Pengujian Prestasi Sistem  
9. Analisis dan Laporan Pengujian Prestasi  
10. Penilaian dan Penutup  

 

Keperluan yang perlu disediakan oleh setiap peserta bagi menghadiri bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Laptop
- sistem pengoperasian Windows 10
- minimum 8GB Memory
2. Muat turun JDK 8.0 dan JMeter 5.1.1
- Java Development Kit 8.0
- Apache JMeter Version 5.1.1
3. Muat turun Web Server, Apache, MySQL
1) WAMP 64bit atau
2) XAMP 64bit
4. Sistem yang akan digunakan untuk pengujian prestasi bagi kerja individu
1) HESK System
2) Support System
5. Template
1) Performance Test Plan
2) Performance Test Report

Sila klik Gambar Semasa Bootcamp Pengujian Prestasi Bil. 1/2020 untuk melihat gambar.