Bootcamp Pengujian Prestasi (Performance Test) Siri 2/2019

Ekoran daripada kejayaan penganjuran Bootcamp Siri 1/2019, Unit MyTCoE menerima banyak permintaan daripada Pegawai Teknologi Maklumat di agensi untuk menghadiri siri Bootcamp yang seterusnya. Sehubungan itu, Bootcamp siri 2/2019 telah diadakan pada 18-20 November 2019 bertempat di MIGHT, Cyberjaya.

Objektif bootcamp ini adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Bootcamp ini telah dihadiri oleh 41 orang peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Peserta yang hadir memberikan sepenuh perhatian sepanjang sesi bootcamp dijalankan. Bootcamp ini turut dibantu oleh 6 orang penceramah dan fasilitator yang terdiri daripada pegawai MyTCoE dan seorang peserta siri 1 yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang bootcamp siri 1. MyTCoE akan berusaha untuk mematapkan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house'. 

MyTCoE bercadang untuk mengadakan beberapa siri bootcamp lagi pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi Pegawai Teknologi Maklumat daripada agensi mendapat manfaat daripada sesi ini.

 

Senarai penceramah dan fasilitator adalah seperti di bawah.

Bil. Nama Pegawai Kementerian/Agensi Maklumat Perhubungan Peranan
1. Mohd Hasiady Bin Yasin Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
2. Myzatul Akmam Binti Sapaat Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
3. Roshaimieza Binti Mat Adam Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Penceramah
4. Ibrahim Bin Abdullah Bahagian Perundingan ICT, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator
5. Farid Iqbal bin Ibrahim Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator
6. Nurul Hazira Binti Abdul Aziz Unit MyTCoE, MAMPU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Fasilitator

 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp Performance Test adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk
1. Perasmian Bootcamp
2. Fungsi dan Peranan Unit MyTCoE, BPI, MAMPU
3. Pengujian Sistem Aplikasi – Prosedur dan Amalan Terbaik
4. Pengujian Prestasi – Tujuan dan Kepentingannya
5. Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi
6.  Berkenalan dengan JMeter
7. Installasi dan Konfigurasi JMeter
8. Hands on Pengujian Prestasi Menggunakan JMeter
9. Kerja Individu - Projek Pengujian Prestasi Sistem
10. Analisis dan Laporan Pengujian Prestasi
11. Penilaian dan Penutup