Bengkel Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan

Jabatan Wilayah Persekutuan telah menjemput Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara bagi mengendalikan Bengkel Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi pada 24 hingga 26 September 2025, bertempat di Bilik Latihan Semarak, Jabatan Wilayah Persekutuan.

Objektif kursus adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  2. Membangunkan pelan pengujian prestasi.
  3. Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter

Kursus ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi. 

Sila log masuk LMS MyTCoE untuk muat turun slaid pembentangan dan perisian berkaitan.