Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bengkel Pengujian Prestasi Sistem eGUMIS Mobile Anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 5 dan 6 Februari 2025 di Bilik Latihan ICT, Aras 6, JANM.
Objektif bengkel adalah untuk:
- Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
- Membangunkan pelan pengujian prestasi.
- Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter
Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi.