Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) pada 18 hingga 20 Februari 2025, bertempat di Bilik Seminar CCOE, Blackberry, Cyberjaya.
Objektif bootcamp adalah untuk:
- Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
- Membangunkan pelan pengujian prestasi.
- Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter
Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi.
Sila log masuk LMS MyTCoE untuk muat turun slaid pembentangan dan perisian berkaitan.