Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam pada 20 dan 21 Mei 2024 , bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.
Objektif bengkel adalah untuk:
- Mengenalpasti senario dan persekitaran semasa berkaitan pelaksanaan pengujian prestasi bagi projek pembangunan sistem.
- Mengumpulkan maklumat berkaitan parameter penting seperti kriteria, kaedah, strategi yang boleh dinyatakan secara jelas dalam pelaksanaan ujian prestasi berdasarkan pelbagai kategori dan metodologi projek pembangunan sistem.
- Mendapatkan maklum balas, pandangan, idea dan pendapat yang lebih menyeluruh daripada peserta-peserta bengkel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai teknologi maklumat agensi sektor awam, pengamal-pengamal bidang pengujian sistem serta pakar industri.
- Membangunkan satu asas garis panduan pelaksanaan ujian prestasi yang komprehensif.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.