Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Pertengahan) Tahun 2024 Anjuran Jabatan Digital Negara

 

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Pertengahan) Tahun 2024 pada 4 hingga 6 Jun 2024 , bertempat di Bilik Serbaguna 2, Aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Objektif bootcamp adalah untuk:

  1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam tentang kepentingan pelaksanaan ujian prestasi dalam pembangunan sistem aplikasi sektor awam.
  2. Membangunkan pengetahuan dan kemahiran secara hands on mengenai pelaksanaan pengujian prestasi sistem aplikasi.
  3. Meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai agensi sektor awam untuk melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi berimpak tinggi.
  4. Berkongsi pengalaman amalan terbaik dalam melaksanakan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi sektor awam.

Bootcamp ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian prestasi sistem aplikasi. 

Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Doa Bootcamp  
2. Tentatif Agenda Bootcamp
3. Perancangan dan Pelaksanaan Pengujian Prestasi  
4. Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi Berprestasi Tinggi  
5. Pelan Ujian Prestasi  
6. Installasi JMeter Untuk Pengujian Berprestasi Tinggi  
7. Skrip Pengujian Prestasi
- Pembangunan Skrip
- Semakan Skrip
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Ujian Prestasi
- Jana Laporan
 
8. Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK
- Pembangunan Pelan Ujian Prestasi
- Pembangunan Skrip Pengujian
- Penyediaan Data Pengujian
- Smoke Test
- Pelaksanaan Pengujian Prestasi
- Jana Laporan
 
9. Templat Laporan Pengujian Prestasi  
10. Laporan Pengujian Prestasi  

 

Sila log masuk LMS MyTCoE untuk muat turun slaid pembentangan dan perisian berkaitan.