Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) Tahun 2024 Anjuran Jabatan Digital Negara
Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara akan mengadakan Bootcamp Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi (Asas) pada 7 hingga 9 Mei 2024, bertempat di Bilik Serbaguna 2, Aras 2, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.
Objektif bootcamp adalah untuk:
- Memberikan pendedahan mengenai kepentingan melakukan pengujian prestasi sistem aplikasi.
- Membangunkan pelan pengujian prestasi.
- Hands on pengujian prestasi menggunakan aplikasi JMeter
Bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalaman Pegawai Teknologi Maklumat secara 'in house' bagi pengujian aplikasi.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Agenda dan Kandungan Silibus Bootcamp adalah seperti berikut:
Bil. |
Tajuk |
Slaid |
1. |
Tentatif Bootcamp |
|
2. |
Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi |
|
3. |
Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi |
|
4. |
Pengenalan Kepada Tools Pengujian Prestasi (JMeter 5.6) |
|
5. |
Installasi dan Konfigurasi - Java Development Kit 21 - JMeter 5.6 - XAMP 8.2.12 (Apache, MySQL dan PhP) - Sistem HESK |
|
6. |
Skrip Pengujian Prestasi - Pembangunan Skrip - Semakan Skrip - Penyediaan Data Pengujian - Smoke Test - Pelaksanaan Ujian Prestasi - Jana Laporan |
|
7. |
Tugasan Individu |
|
8. |
Projek Pengujian Prestasi Sistem HESK - Pembangunan Pelan Ujian Prestasi - Pembangunan Skrip Pengujian - Penyediaan Data Pengujian - Smoke Test - Pelaksanaan Pengujian Prestasi - Jana Laporan |
|
9. |
Contoh Penyelesaian Projek Pengujian Prestasi |
|
10. |
Templat Laporan Pengujian Prestasi Pusingan 1 |
|
11. |
Templat Laporan Pengujian Prestasi Pusingan 2 |
|
Sila log masuk LMS MyTCoE untuk muat turun slaid pembentangan dan perisian berkaitan.